Chapter 1 - Apa itu Pelaburan ?
Assalamualaikum sahabat semua. Apa khabar? Semoga sentiasa berada dibawah Rahmat Allah S.W.T.
Pelaburan
Pelaburan adalah komitmen wang atau modal untuk membeli instrumen kewangan atau aset lain untuk mendapatkan hasil yang menguntungkan dalam bentuk bayaran faedah, pendapatan, atau penambahan nilai instrumen. Ianya berkaitan dengan tabungan atau penundaan konsumsi. Pelaburan terlibat dalam pelbagai bidang ekonomi, seperti pengurusan perniagaan dan kewangan, pun untuk rumah tangga, syarikat, atau kerajaan - wikipedia
Instrumen Pelaburan
Pelaburan dalam erti kata yang mudah menurut pandangan peribadi saya adalah suatu modal yang kita simpan dalam instrumen tertentu dengan menangguhkah penggunaanya pada masa sekarang agar dapat berlipat kali ganda di masa hadapan. Dengan ini nilai seringgit pada masa ini dapat digunakan dengan nilai tiga ringgit misalnya, di masa hadapan.Namun kreteria inflasi tidak boleh diketepikan dalam menentukan keuntungan sesuatu pelaburan, maka pelaburan perlulah dibuat dalam satu instrumen yang memberi pulangan melebihi inflasi.
Mungkin penerangan ini sedikit teknikal bagi sesetengah orang. Untuk merungkai sebarang persoalan mengenai pelaburan, jom kita ngeteh sama2... Hubungi saya di 0184677943. Teh saya belanja
![]() |
| Unit Trust Umpama Pohon Bonsai . Semakin Lama . Semakin Bernilai |

